MAIPk BANTU BAWA PULANG LEBIH 200 KITAB ULAMA NUSANTARA DARI MESIR
IPOH, 16 April 2024 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) akan membantu Muhammad Nur Hadi bin Salehuddin, pelajar tajaan MAIPk di Universiti Al-Azhar, Mesir membawa pulang lebih 200 khazanah kitab turath tulisan ulama Nusantara semenjak tahun 1920 termasuk karangan Syeikh Mohd Idris al-Marbawi dan Syeikh Jaafar Hussein yang kebanyakannya dikarang dalam tulisan Jawi dan Aceh dari sekitar tahun 1920 hingga 1960.
Naskhah diperoleh daripada Maktabah Mustafa al-Halabi yang juga merupakan syarikat percetakan dan penerbitan tertua di Mesir serta daripada maktabah-maktabah di sekitar Masjid al-Azhar bakal ditempatkan di Perpustakaan Penyelidikan MAIPk.
Pihak MAIPk juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan kelestarian khazanah berharga ini terus berkekalan.