Program Ziarah Asnaf dan Penyerahan Bantuan Hari Raya Aidilfitri di Lenggong
LENGGONG, 5 April 2024 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Daerah Lenggong telah menganjurkan Program Ziarah Asnaf dan Penyerahan Bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada asnaf di sekitar Lenggong.
Orang Besar Jajahan Hulu Perak, YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato' Ar.LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh telah menziarahi dan menyantuni 5 buah keluarga asnaf seterusnya menyampaikan bantuan yang diperlukan.
Sebanyak RM53,500 dana zakat telah diagihkan termasuklah agihan kotak makanan, cenderahati hari raya, sumbangan dana wakalah zakat diwakili oleh Head of Regional (Northern), Encik Mohd Fazli bin Ismail, dan agihan beras fidyah ke setiap rumah. MAIPk juga mengesyorkan bantuan perubatan kepada 3 pesakit yang terlantar.
Turut hadir pada program tersebut Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Haji Omar, Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Encik Noraizad bin Rosli, dan Pegawai Baitulmal Daerah Lenggong, Encik Mohd Ariffullah bin Mashudi, serta penghulu Mukim Durian Pipit, Lenggong dan Temelong .
MAIPk akan terus memberikan perkhidmatan terbaik agar matlamat agihan wang zakat dapat memberikan manfaat serta membangunkan potensi insan, ekonomi seterusnya memperbaiki taraf kehidupan asnaf di Perak.