• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk Terima Zakat Perniagaan Berjumlah RM 9,267,411.61

MAIPk Terima Zakat Perniagaan Berjumlah RM 9,267,411.61

KUALA KANGSAR, 23 Mac 2024 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, telah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM9,267,411.61 dalam majlis penyerahan zakat perniagaan enam (6) buah syarikat korporat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Roni bin Abdulwahab dengan bayaran berjumlah RM947,217, disusuli oleh Empayar Indera Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengurus Besar Empayar Indera Sdn. Bhd., Tuan Hasrin bin Abdul Rahman dengan jumlah RM200,000. Dalam majlis yang sama, Koperasi Guru-Guru Melayu Kerian dan Selama Berhad yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi, Tuan Haji Mohd Shafie bin Md Rejab turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM100,000.

Seterusnya diikuti oleh Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi, Tuan Shamsuddin bin Yusof dengan bayaran berjumlah RM248,130.13.

Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Lembaga Tabung Haji yang diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tuan Syed Hamadah bin Syed Othman dengan jumlah RM7,472,064.48 dan PINS Network Solutions Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Tuan Adi Reza bin Abd Razak sebanyak RM300,000.

Layari pautan di bawah untuk media sosial dan berita akhbar.

Media Sosial : Facebook
Media Sosial : Youtube
Berita Akhbar : Kosmo
Berita Akhbar : Sinar Harian
Berita Akhbar : Buletin TV3
Berita Akhbar : Bernama
Berita Akhbar : Utusan Malaysia
Berita Akhbar : Malaysia Gazette Perak
Berita Akhbar : New Straits Times








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.