Program Ziarah Asnaf dan Penyerahan Bantuan di Mukim Hutan Melintang, Mukim Teluk Bharu dan Mukim Rungkup
BAGAN DATUK - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Daerah Bagan Datuk telah menganjurkan Program Ziarah Asnaf dan Penyerahan Bantuan di Mukim Hutan Melintang, Mukim Teluk Bharu dan Mukim Rungkup.
Pentadbiran MAIPk bersama YDH. Toh Seri Lela Paduka. Dato' Dr. Khalid bin Ismail, Orang Besar Jajahan Bagan Datuk dan YDH. Toh Mangku DiRaja. KDR (B). Ahmad Zawawi bin Abdul Aziz, Orang Besar 32 Daerah Bagan Datuk telah menziarahi dan menyantuni 5 buah keluarga asnaf seterusnya menyampaikan bantuan yang diperlukan.
Program ini merupakan salah satu inisiatif MAIPk bagi memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat dibantu sebaiknya. Sebanyak RM136,078 dana zakat telah diagihkan melibatkan 2 buah kediaman baru berjumlah RM130,500 di bawah skim bantuan bina rumah, bantuan perubatan berjumlah RM5,278 untuk membeli lampin pakai buang, tilam angin, kerusi roda dan bantuan kewangan bulanan berjumlah RM300.
Turut hadir pada program tersebut Encik Noraizad bin Rosli, Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Encik Mohd. Faizul Nizam bin Mohd Nasir, Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk serta penghulu mukim yang terlibat.