• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PERMOHONAN SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL TAHUN 2024 MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK

PERMOHONAN SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL TAHUN 2024 MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk ini disediakan di bawah asnaf FAKIR MISKIN. Bantuan adalah di dalam bentuk kewangan.

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Februari 2024 sehingga 20 Mac 2024.

Pelajar yang ingin memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:
1. Pelajar warganegara Malaysia yang beragama Islam;
2. Pelajar lahir dan menetap di negeri Perak atau telah bermastautin di negeri Perak;
3. Pendapatan bulanan ibu dan bapa atau tidak melebihi had kifayah (Fakir Miskin);
4. Pelajar tingkatan 4 dan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2024 daripada Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (tidak termasuk Kolej Vokasional) yang cemerlang dalam bidang kokurikulum tahun semasa berdasarkan merit; dan
5. Tidak mendapat biasiswa atau bantuan persekolahan daripada mana-mana agensi.

Dokumen yang perlu dilampirkan:
1. Borang permohonan yang telah dilengkapkan;
2. Salinan kad pengenalan pemohon dan semua ahli isi rumah;
3. Salinan penyata pendapatan (slip gaji atau pengesahan pendapatan daripada penghulu) ibu/bapa atau penjaga ;
4. Salinan sijil nikah/ cerai/ kematian (jika berkaitan);
5. Salinan surat pengesahan sakit oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (jika berkaitan);
6. Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun 2023; dan
7. Salinan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Jika anda menepati semua syarat yang ditetapkan, sila dapatkan borang permohonan di pejabat-pejabat pentadbiran MAIPk yang berdekatan dan hantarkan borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:

Unit Pemerkasaan Asnaf, Bahagian Agihan Zakat,
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi nombor talian 019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).

Borang juga boleh diperolehi melalui pautan https://bit.ly/biasiswamaipk atau imbas kod QR di bawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.