MAIPk AGIH ZAKAT RM8.9 JUTA DI DAERAH KERIAN
KUALA KURAU, 19 Disember 2023 -Program ziarah asnaf dan penyerahan bantuan bina rumah merupakan salah satu program inisiatif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat dibantu sebaiknya. Sebanyak RM8.9 Juta dana zakat telah diagihkan di Daerah Kerian meliputi Daerah Parit Buntar dan Bagan Serai.
Pentadbiran MAIPk bersama-sama YBhg. Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera Dato' Ahmad Raziff Bin Dato’ Seri Mohamad Zulkifli, Orang Besar Jajahan Kerian telah menziarahi dan menyantuni 4 buah rumah asnaf bermula di Tebuk Jawa, Titi Serong sehingga ke lokasi terakhir iaitu di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau.
Program penyerahan replika kunci bantuan bina rumah di lokasi terakhir telah disempurnakan oleh YBhg. Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera Dato' Ahmad Raziff Bin Dato’ Seri Mohamad Zulkifli, Orang Besar Jajahan Kerian kepada Puan Salamiah binti Awi. Sebanyak RM850,500.00 dana zakat telah disalurkan untuk membina 14 buah rumah baharu dan sebanyak RM1.03 juta dana zakat telah disalurkan untuk membaik pulih 60 buah rumah di daerah Kerian.
Turut hadir pada program tersebut Encik Rohizan bin Haji Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Encik S.Daud bin Shehamy, Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Serai dan Encik Amirudin bin Osman, Pegawai Baitulmal Daerah Parit Buntar.