• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • 37 Orang Peserta Telah Mengikuti Program Pemindahan Ilmu i-Asnaf ACT

37 Orang Peserta Telah Mengikuti Program Pemindahan Ilmu i-Asnaf ACT

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kolaborasi Fakulti Perakaunan dan Undang - Undang Universiti Teknologi Mara (UITM) telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu i-Asnaf ACT melibatkan 37 orang peserta di kalangan usahawan asnaf MAIPk bertempat di Hotel Travelodge, Ipoh.

Program yang turut dibiayai oleh Maybank Islamik telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nadiah binti Abd Hamid, Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan UITM Puncak Alam bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan ilmu perakaunan, dokumen perniagaan dan template penyata perakaunan serta aliran tunai penyata kewangan.

Topik dan aktiviti yang disampaikan adalah secara berperingkat dan merangkumi Aplikasi Hitunguntung dan STOM serta Penyediaan Penyata Perakaunan.

Semoga ilmu yang disampaikan dapat dipraktikkan seterusnya berjaya keluar dari kepompong kemiskinan, serta menjadi pembayar zakat dan berbakti kepada ummah.

MAIPk sentiasa komited dalam usaha melahirkan dan memperkasakan lebih ramai usahawan asnaf yang produktif, berkarisma serta semangat juang yang tinggi dan mampu bersaing di peringkat global.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.