TAKLIMAT HALA TUJU SELEPAS SPM PELAJAR ORANG ASLI
09 Dis 2023, Sungai Siput: Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) memenuhi jemputan Sekolah Menengah Agama Rakyat Nurul Hidayah, Kampung Kenang, Sungai Siput untuk memberi Taklimat Hala Tuju Selepas SPM.
Sekolah Menengah Agama Rakyat Nurul Hidayah, sekolah berasrama yang ditubuhkan oleh MAIPk ini adalah satu-satunya di Malaysia sekolah menengah khusus untuk orang asli. Program ini adalah usaha tahunan pihak sekolah memberi pendedahan kepada pelajar agar mendapat pencerahan berkaitan peluang-peluang pengajian, kursus kemahiran seterusnya pekerjaan yang disediakan melalui bantuan zakat.
Taklimat disampaikan oleh Puan Norfazilah binti Bawadi, Pengurus Unit Pemerkasaan Pendidikan Asnaf, MAIPk. Lebih 100 orang pelajar yang terlibat. Pelajar bukan sahaja dikongsikan berkaitan bantuan zakat, malah diselitkan dengan sesi motivasi agar sentiasa tekad dalam berusaha membuat perubahan dalam diri seterusnya mencapai kejayaan dan mampu memberi manfaat kepada keluarga, agama dan masyarakat.
Terima kasih muzakki, zakat anda memberi sinar kepada pelajar muslim sehingga ke pelusuk kampung orang asli.