• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • LEMBAGA AIR PERAK TERIMA ANUGERAH ZAKAT KEBANGSAAN 2023

LEMBAGA AIR PERAK TERIMA ANUGERAH ZAKAT KEBANGSAAN 2023

PUTRAJAYA, 22 November 2023 – Lembaga Air Perak (LAP) telah menerima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 bagi kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2023 di Majlis Anugerah Zakat Kebangsaan 2023.

Anugerah disampaikan oleh YBhg Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR kepada Dato’ Haji Ishak bin Abd Rahman, Pengurus Besar Lembaga Air Perak dan Encik Suhaimi bin Yusoff, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Hotel Zenith, Putrajaya.

LAP merupakan pembayar zakat tertinggi bagi kategori syarikat di negeri Perak dan secara konsisten telah membayar zakat selama 16 tahun sejak tahun 2007 dengan rekod jumlah bayaran terkumpul sebanyak RM86,457,140.14. Selain membuat pembayaran zakat sepenuhnya kepada MAIPk, LAP turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyalurkan bantuan pendidikan kepada kakitangan LAP dan anak yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT. Selain itu, LAP turut memberikan sumbangan “Program Back To School” dan “Program Tuisyen” kepada rakyat negeri Perak dalam golongan B40 yang turut menjadi kriteria utama untuk dipilih menerima anugerah berkenaan.

Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) turut mempertandingkan Anugerah Kategori Akademik, Usahawan Asnaf, Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad.

Jom dapatkan 100% rebat cukai pendapatan LHDN sebelum atau pada 31 Disember 2023. Sila layari link di bawah untuk urusan pembayaran zakat melalui FPX di https://ezakat.maiamp.gov.my/



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.