12 GRADUAN PROPER A BERJAYA TAMAT SKM TAHAP 3
IPOH: 12 graduan PROPER A tahun 2022 dan 2023 berjaya menamatkan latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 pada Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional Kali Ke-7 di Royal Perak Golf Club.
Untuk makluman, seramai 7 graduan Sijil Urut Terapi dan 5 graduan Sijil Refleksologi di bawah penyedia latihan Humaira Hair & Beauty Salon dan D Alam SPA telah menjalani Kursus Refleksologi dan Urutan selama 6 bulan dan mampu menjana pendapatan sehingga RM4,000.00 ke RM5,000.00 sebulan berbekalkan ilmu kemahiran yang dipelajari.
Majlis yang meraikan 121 graduan telah dirasmikan oleh YB Khairuddin Bin Abu Hanipah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak.
Semoga semua graduan berjaya memulakan perniagaan sendiri disamping menjana pendapatan seterusnya mampu bersaing dalam era revolusi perindustrian.