MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN PELAJARAN MARA
IPOH, 26 Oktober 2023 – Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk menyambut mesra kunjungan hormat delegasi YPM yang diketuai oleh YBrs. Encik Faisalludin bin Mohamat Yusuff, Ketua Pegawai Eksekutif YPM dengan diiringi Encik Puarsuha Ab Razak, Pengurus Agihan Wakaf, Puan Shanorita Hashim, Pengurus Pembangunan Wakaf, Tuan Haji Mohd Zul Fadlain Abdullah, Eksekutif Kanan Pembangunan Wakaf serta Encik Zunnun, Pegawai Seranta Negeri Perak .
Selain ingin melanjutkan kerjasama Skim Anak Angkat yang telah terjalin selama lima tahun bagi manfaat zakat pendidikan kepada anak asnaf, YPM membawa hasrat untuk mengetuk pintu kerjasama MAIPk berkaitan cabang wakaf. YPM memperkenalkan Wakaf Amanah Rakyat (WARak) seterusnya ingin menjadi mutawali wakaf negeri Perak. Hasrat tersebut disambut baik YBrs Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.
Pertemuan turut disertai pegawai MAIPk iaitu Encik Rohizan Hj Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Ahmad Nazim Md Tajuri, Pengurus Besar Bahagian Mal Dan Wakaf serta Puan Norfazilah Bawadi, Pengurus Bahagian Agihan Zakat.
Semoga kerjasama MAIPk YPM dapat dilaksanakan dengan cemerlang seterusnya memberi manfaat yang luas kepada ummah.