MAJLIS RAMAH MESRA YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM, PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSAMA MAHASISWA DAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR
MESIR, 22 Oktober 2023 - Seramai 150 orang pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terpilih menyertai Majlis Ramah Mesra YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama mahasiswa dan rakyat Malaysia di Mesir.
Para hadirin mengambil peluang untuk berkomunikasi secara langsung dengan YAB Perdana Menteri dalam majlis yang diadakan sempena Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Mesir pada 22-23 Oktober 2023.
Pihak MAIPk merakamkan penghargaan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah atas kepercayaan melantik Atase Pendidikan Negeri Perak, Encik Mohammed Tasyreef bin Mohamd Tarmizi mengacarakan Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri.
Majlis turut dihadiri Menteri Luar Negeri, YB Senator Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, TYT Ambassador Zamani Ismail dan 1,200 orang rakyat Malaysia di Mesir.
Bahagian Perhubungan Korporat
MAIPk