RM288,540.00 DANA ZAKAT UNTUK KURSUS REFLEKSOLOGI & URUTAN PROGRAM PROPER A 2023
IPOH - 24.10.2023 (Selasa)
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) pada hari ini menyampaikan set peralatan perniagaan kepada 30 orang peserta kursus Refleksologi dan Urutan Lelaki & Wanita yang terpilih untuk PROPER A 2023. Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan pelancaran produk perkhidmatan 'ProReflexy' iaitu jenama yang akan digunakan oleh para peserta bagi memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.
Majlis tersebut yang diadakan di Hotel MRoof, Ipoh telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Pn. Wan Maizura binti Wan Zahari dan turut dihadiri oleh beberapa wakil agensi seperti Mara Negeri Perak, Sekretariat Pembangunan Wanita Negeri Perak, Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), Kolej Komuniti Bt Gajah dan MCMC serta wakil-wakil media.
Kursus Refleksologi & Urutan PROPER A 2023 dijalankan oleh Humaira Training Centre, Ipoh bermula pada Julai 2023 dan akan dilaksanakan untuk tempoh 6 bulan yang merangkumi kursus berfasa, pembekalan peralatan dan disusuli proses pemantauan selama 4 bulan oleh syarikat penyedia latihan.
Setiap peserta diperuntukan dana hampir RM10,000.00 seorang dalam bentuk penajaan kursus dan peralatan di samping turut menerima elaun bulanan selama 6 bulan sebagai galakan kepada para peserta untuk memberikan komitmen terbaik sepanjang program yang telah direncanakan.
Hasrat MAIPk agar dana yang disalurkan untuk program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta untuk meningkatkan kemahiran dan pendapatan keluarga dan seterusnya mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Tahniah & selamat maju jaya kepada semua peserta Team ProReflexy MAIPk..
Terima kasih Para Pembayar Zakat Negeri Perak.