• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • LAPORAN MAKLUM BALAS ISU PENJUALAN BERAS FIDYAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK KEPADA ORANG AWAM

LAPORAN MAKLUM BALAS ISU PENJUALAN BERAS FIDYAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK KEPADA ORANG AWAM

Pada 19 Oktober 2023, pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima aduan berlaku penjualan beras fidyah MAIPk kepada orang awam di Pengkalan Hulu. Hasil siasatan mendapati jualan beras tersebut dilakukan oleh pekerja pihak pembekal beras fidyah MAIPk atas tujuan keuntungan peribadi. Pihak pembekal telah melakukan siasatan dan mengambil tindakan segera membeli semula beras yang telah dijual kepada pembeli serta akan mengambil tindakan tegas terhadap pekerjanya yang telah melakukan penyelewengan.

Pihak MAIPk menegaskan bahawa, beras fidyah MAIPk adalah dilarang sama sekali untuk dijual oleh mana-mana pihak kerana beras tersebut dibekalkan khusus untuk golongan fakir dan miskin secara percuma serta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakannya atas apa jua tujuan.

Bahagian Perhubungan Korporat
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak

21 Oktober 2023

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.