MAIPk terima zakat perniagaan berjumlah RM16.8 juta
KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2023 - Majlis penyerahan zakat perniagaan bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah diadakan di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. 11 syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM16,861,352.52 diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).
Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Tenaga Nasional Berhad diwakili oleh Chief Regulatory & Stakeholder Management Officer, Datuk Ts. Shamsul Bin Ahmad dengan jumlah RM6,356,000.00, manakala Lembaga Tabung Haji diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman dengan jumlah RM6,214,543.09.
Seterusnya ialah Etiqa Family Takaful Berhad & Etiqa General Takaful Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Bin Ab Halim dengan jumlah RM1,060,000.00. Kemudian ialah Bank Rakyat dengan jumlah RM773,987.00 yang diserahkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Bank Rakyat , Nor Haimee Zakaria. Diikuti, penyerahan zakat perniagan oleh FGV Holdings Berhad yang diwakili oleh Tan Sri Rastam Bin Mohd Isa, Pengerusi FGV Holdings Berhad dengan berjumlah RM707,199.00.
Selain itu, turut menunaikan zakat perniagaan ialah Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad & Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad dengan jumlah RM500,000.00 diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nor Azman Bin Zainal. Dalam pada itu, Maybank Islamic Berhad yang diwakili oleh Ketua Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Dato’ Mohamed Rafique Merican dengan jumlah RM437,597.51.
Turut menyampaikan zakat ialah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak, Hj. Mohd Rosli Bin Hj. Basri dengan jumlah zakat perniagaan RM249,428.19, Agrobank yang diwakili oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dengan jumlah RM241,303.47, Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan jumlah RM221,294.26 diwakili oleh Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Chief Economist & Social Finance dan diakhiri oleh Public Islamic Bank Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Syamsul Azuan Bin Ahmad Fauzi dengan jumlah RM100,000.00.
Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Mohd. Annuar bin Zaini, Mufti Negeri Perak, YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Sahibul Fadhilah Tuan Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, YAA Dato’ Hj. Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie Perak dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.