• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : UJIAN BERAT AKIBAT KEMALANGAN

Sehabis baik kita mahu menjaga diri dan keluarga kita daripada marabahaya. Ingin memastikan keselamatan nyawa dan harta benda terpelihara. Namun malang tidak pernah berbau. Sesuatu kejadian mahupun tragedi telah tertulis bila dan di mana ia akan berlaku.

Demikianlah yang terjadi kepada Encik Muhammad Faris Yusrizal bin Zulkfley yang kini berumur 22 tahun. Dia terlibat dengan kemalangan jalan raya pada Februari 2022 yang lalu. Sehingga kini, Encik Faris masih lagi separa koma, terlantar dan tidak boleh berkomunikasi.

Encik Faris telah menjalani beberapa pembedahan. Tempurung kepalanya terpaksa dikeluarkan bagi mengelakkan implikasi yang lebih besar. Dua orang kakaknya yang membantu menguruskannya. Selain bergantung dengan lampin pakai buang, dia juga bergantung sepenuhnya kepada susu perubatan sebanyak 6 sudu 4 jam sekali. Susu tersebut disalurkan menggunakan tiub khas yang perlu diganti setiap dua minggu oleh jururawat.

Bapanya yang hanya bekerja kilang perlu membeli ubat kahak di farmasi. Ubat yang disyorkan hospital itu lebih berkesan daripada ubat yang diterima secara percuma, namun harganya agak mahal. Ubat tersebut berharga RM47.50 dan Encik Faris memerlukan 3 kotak untuk kegunaannya dalam sebulan. Dengan pendapatan yang terbatas, bapanya hanya mampu menampung keperluan ubat kahak dan lampinnya sahaja. MAIPk Daerah Kuala Kangsar telah menyalurkan bantuan perubatan berupa bekalan susu khas untuk keperluan Encik Faris sebanyak lima kali. Kini ayahnya memohon untuk dilanjutkan lagi bantuan tersebut.

Syukur, bantuan susu khas buat Encik Faris diteruskan untuk tempoh 6 bulan lagi. Semoga ada perkembangan positif selepas ini. Kami doakan agar Encik Faris kembali sedar dan kesihatannya bertambah baik. Dana zakat anda telah membantu Encik Faris yang sedang diuji. Semoga bantuan yang diterima meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka. Teruskan membantu yang memerlukan dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CyDZ5xLxH1L/?hl=en


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.