• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

USAHAWAN MAIPk SERTAI KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN

IPOH, 28-30 SEPTEMBER 2023 – Program Pemindahan Ilmu Asas Perakaunan, Pengurusan Stok, Undang-Undang Perniagaan, anjuran Universiti Teknologi MARA dan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak telah diadakan di Hotel Seri Malaysia.

Program tiga hari ini merupakan siri pertama yang disertai oleh 40 orang peserta. Kebanyakan peserta merupakan Usahawan Asnaf Zakat Perak-MAIPk. Objektif program ini diadadakan adalah untuk para usahawan mendalami ilmu berkaitan perakaunan perniagaan dalam masa yang sama mereka dapat memahami penggunaan aplikasi-aplikasi penting dalam perniagaan.

Pelbagai pembentangan modul telah mengisi program ini, antaranya termasuklah Skop Undang-undang Perniagaan, Kos Perakaunan dan pelbagai pengenalan aplikasi perniagaan, aktiviti praktikal, dan lain-lain.

Turut sama hadir dalam program kali ini ialah AF Ustaz Rohizan bin Hj Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat dan juga AF Ustaz Noraizad bin Rosli, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf MAIPk.

Para peserta program juga dapat menggunakan platform ini bagi membina rangkaian perniagaan yg lebih meluas antara para usahawan MAIPk yang hadir. Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama-sama MAIPk. Dana zakat anda membantu memperkasa asnaf. Program seperti ini membimbing usahawan asnaf agar terus melakar kejayaan dan dapat mengubah nasib mereka ke arah yang lebih baik.

Teruskan membantu kami menyantuni asnaf dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

“Harta Terpelihara, Asnaf Terbela, Ummah Sejahtera!”

 
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cx0bDoFvZUQ/?hl=en


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.