PROGRAM SEMARAK CINTA UMMAT
SERI ISKANDAR - Bersempena dengan bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW 1445H/2023M, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak telah bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Daerah Seri Iskandar mengadakan Program Semarak Cinta Ummat.
Program tersebut bertujuan menyerahkan bantuan set makanan kepada asnaf dan mereka yang memerlukan. Set makanan tersebut termasuklah 2,700 kampit beras fidyah yang bernilai RM35,100 dan 820 kotak makanan 'Foodbank' yang berjumlah RM53,054. Bantuan tersebut diserahkan kepada ahli jawatankuasa masjid-masjid di dalam Daerah Seri Iskandar. Bagi memudahkan urusan, wakil daripada masjid-masjid yang terlibat telah mengambil bantuan set makanan tersebut di perkarangan pejabat MAIPk Seri Iskandar secara pandu lalu. Bantuan tersebut akan diagihkan kepada asnaf kariah masjid masing-masing.
Pegawai yang terlibat dalam program kali ini ialah Pegawai Baitulmal Daerah, Ustaz Mohd Latiff bin Talib, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Ustaz Muhamad Muaz bin Musastaf. Program ini merupakan inisiatif MAIPk Daerah Seri Iskandar yang bertujuan menjinakkan hati ahli kariah untuk lebih sering berkunjung ke masjid dan surau. Dalam masa yang sama juga memberi peluang kepada institusi masjid dan surau mengadakan program bersempena dengan Bulan Maulid ini.
Terima kasih muzakki yang menunaikan tanggungjawab zakat anda kepada MAIPk. Dana tersebut sentiasa memberikan manfaat kepada asnaf yang memerlukan. Ini antara bukti dana zakat anda yang telah kami sampaikan kepada mereka yang berhak. Teruskan membantu saudara kita dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Dan Allah Akan senantiasa membantu hamba-Nya selagi mana hamba tersebut membantu saudaranya." - HR Muslim.
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cxy_76ZPNio/?hl=en