• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk terima zakat perniagaan berjumlah RM 8,170,475.68

MAIPk terima zakat perniagaan berjumlah RM 8,170,475.68

IPOH, 28 September 2023 - Majlis penyerahan zakat perniagaan bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah diadakan di Istana Kinta, Ipoh, Perak. Lapan syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM 8,170,475.68 diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk). 

Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Lembaga Air Perak diwakili oleh Pengurus Besar, Dato’ Haji Ishak Bin Abd Rahman dengan jumlah RM 4,850,000.00.

Ia diikuti Ipoh Specialist Hospital Sdn. Bhd. (KPJ Ipoh) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ipoh Specialist Hospital Sdn. Bhd. (KPJ Ipoh), Badrul Hisyam Bin Ibrahim dengan jumlah RM 1,096,282.73.

Kemudian ialah Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad diwakili oleh Pengerusi Koperasi, Haji Salleh Hudin bin Kamarudin dengan jumlah RM 585,174.68.

Seterusnya, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) diwakili oleh Tuan Anuar bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif dengan jumlah zakat sebanyak RM430,000.00.

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah YP Nominees Holdings Sdn. Bhd. dengan jumlah RM 406,754.87 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YP Nominees Sdn Bhd , Rozita Binti Ramli.

Diikuti, penyerahan zakat perniagan oleh Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad yang diwakili oleh Nor Sharifuddin Bin Yeop, Pengerusi Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad dengan zakat perniagaan berjumlah RM 380,513.78

Seterusnya menunaikan zakat perniagaan ialah Empayar Indera Sdn. Bhd dengan jumlah RM 300,000.00 diserahkan oleh Timbalan Pengurus Besar, Rusli Bin Md Isa.

Diakhiri oleh Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad diwakili oleh Pengerusi Koperasi, Datuk Mohammed Akhiar Bin Ahmad Wazir Affandi dengan jumlah RM121,749.62

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah YTM Raja Kecil Sulong Perak, Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Dato’ Seri Ashman Shah, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,  YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Dr. Mohd Zahidi Zainuddin,  Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Mohd. Annuar bin Zaini, YBhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Seri Mohamad Othman bin Zainal Azim, Mufti Negeri Perak, YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh, YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perakl, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Sahibul Fadhilah Tuan Haji Harith Fadzilah Bin Haji Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.









.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.