• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • SEMINAR MOTIVASI DAN HALA TUJU USAHAWAN MAIPk SIRI KE-4/2023

SEMINAR MOTIVASI DAN HALA TUJU USAHAWAN MAIPk SIRI KE-4/2023

IPOH, 20 September 2023 - Seminar Motivasi dan Hala Tuju Usahawan MAIPk siri ke-4 bagi sesi 2023 bertempat di Hotel M Roof, Ipoh. Seramai 47 peserta asnaf yang terpilih menerima bantuan perniagaan dan bimbingan daripada MAIPk. Penceramah jemputan untuk seminar kali ini ialah Pendakwah Bebas, AF Ustaz Amran bin Yusoff, Encik Mohamad Faiz bin Mohd Shafie, Pegawai Eksekutif PERKESO, Puan Aisha Zahra, Pegawai LHDN, dan AF Ustaz Muhammad Faiz bin Zakaria selaku Pengurus Bahagian Pemasaran MAIPk.

Turut sama hadir ialah Encik Rohizan bin Hj Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat dan Encik Noraizad bin Rosli, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf. Seminar motivasi ini bertujuan memberikan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan berzakat, percukaian dan caruman PERKESO untuk perniagaan. Selain menerapkan nilai kesedaran tersebut, program mengetengahkan pengalaman dan kesukaran figura usahawan asnaf yang berjaya bangkit daripada kesusahan sehingga mencapai kejayaan. Semoga menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada semua peserta.

Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama-sama MAIPk. Dana zakat anda membantu kami menjalankan program sebegini. Ia amat penting untuk membimbing usahawan asnaf agar terus melakar kejayaan dan dapat mengubah nasib mereka ke arah yang lebih baik. Teruskan membantu kami menyantuni asnaf dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CxaXqWXPa8c/?hl=en




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.