• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

ZIARAH ASNAF DAERAH MUALLIM

MUALLIM, 19 September - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mengadakan Program Ziarah Asnaf Daerah Muallim 2023. Program ini merupakan aktiviti berkala yang dijalankan bagi meninjau keadaan para asnaf yang telah menerima bantuan MAIPk sebelumnya. Aktiviti ini menunjukkan keprihatinan MAIPk bagi memastikan nasib para asnaf terbela dalam menyediakan khidmat agihan zakat yang dipertanggungjawabkan.

Program kali ini telah dipandu oleh EnCIK Nabil Fikri Mohamad, Pegawai Baitulmal MAIPk Daerah Muallim. Hadir sama dalam program ini ialah Puan Wan Maizura Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Encik Rohizan Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk serta para pegawai Unit Agihan MAIPk dari Ibu Pejabat Ipoh dan MAIPk Daerah Muallim.

Team Ziarah Asnaf MAIPk kali ini sempat menziarahi lima lokasi iaitu rumah-rumah asnaf dalam daerah Muallim iaitu di sekitar Jalan Trolak, Kg Rasau, Kg Balun, Felda Sg. Behrang dan Jalan Bernam Bahru, Tg. Malim. Selain bantuan spesifik yang disampaikan setiap asnaf yang dilawati, sumbangan sagu hati tunai, beras fidyah dan barangan makanan serta keperluan dapur dihulurkan kepada asnaf.

Terima kasih para muzakki yang sentiasa bersama-sama MAIPk. Usaha sebegini akan sentiasa diteruskan lagi dari masa ke masa ke setiap daerah dalam negeri Perak. Perincian Program Ziarah Asnaf ini akan kami kongsikan kepada anda. Teruskan menyokong MAIPk dalam menyantuni asnaf. Tunaikan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Dana zakat daripada anda memberi sinar baharu buat asnaf. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di instagram
https://www.instagram.com/p/CxYBypNsUHt/?hl=en





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.