• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • 51 ORANG PELAJAR PERAK MELANJUTKAN PENGAJIAN DI MESIR DAN JORDAN

51 ORANG PELAJAR PERAK MELANJUTKAN PENGAJIAN DI MESIR DAN JORDAN

SEPANG, 17 September 2023 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) menghantar 51 orang pelajar Perak untuk melanjutkan pengajian di Mesir dan Jordan. Penerbangan pertama diketuai oleh Tuan Haji Mohd Zulkhairi Bin Mohd Nor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk sebagai pegawai pengiring bersama 20 orang pelajar telah berangkat pada jam 5.00 pagi. Manakala penerbangan kedua diketuai oleh Encik Abdul Aziz Bin Sulaiman dan Encik Mohd Azrif Bin Yahya, pegawai MAIPk yang mengiringi 23 orang pelajar ke Mesir dan 8 orang pelajar ke Jordan telah berangkat pada jam 9.55 pagi.

Turut hadir bersama-sama membantu menguruskan penghantaran pelajar ke Mesir dan Jordan, Puan Norfazilah Binti Bawadi dan Puan Norhidayu Binti Sakdon, Unit Pemerkasaan Pendidikan MAIPk serta wakil dari Syarikat Aidil Travel & Tours. Syabas dan selamat jalan diucapkan kepada 51 orang pelajar Perak. Semoga segala urusan pengajian mereka  dipermudahkan dan sentiasa dikurniakan keselamatan serta keberkatan daripada Allah SWT.

Berjuanglah adik-adik, doa ibubapa, guru-guru dan kami di tanah air sentiasa mengiringi perjuangan ilmu kalian. Terima kasih para muzakki, dana zakat daripada anda memberi peluang kepada anak-anak ini menuntut ilmu seterusnya bakal menjadi insan yang memberi manfaat kepada ummah. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk agar dapat melahirkan lebih banyak usahawan dalam kalangan asnaf. Berzakatlah melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.