BANTUAN PERNIAGAAN : KEJAYAAN ALAMIEN STUDIOS
Encik Azinuddin bin Ramly bekerja sebagai Juruteknik Komputer. Pada tahun 2016, dia memulakan perniagaan pencetakan baju-T secara sambilan bagi mengumpul duit untuk berkahwin. Dia mencetak baju-T itu di rumah dan menjual secara dalam talian. Apabila sudah berkahwin, Encik Azinuddin nekad berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan pencetakannya.
Dia memulakan langkah berani tersebut pada tahun 2019. Selepas 6 bulan berniaga sepenuh masa, Malaysia berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat kes Covid-19 yang semakin menular. 'Terduduk' Encik Azinuddin ketika itu sehingga terfikir bahawa tindakannya menyewa premis dan berhenti kerja makan gaji adalah salah. Namun berkat kesabaran serta sokongan keluarga dan isterinya, dia bertahan sehingga sekarang. Encik Azinuddin memulakan perniagaan menggunakan wang simpanan tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Dia bermula secara kecil-kecilan.
Bermula dengan mencetak silkscreen pada sehelai baju-T, dia membuka pratempahan daripada pelanggannya. Selepas PKP, Encik Azinuddin mula dapat menguasai rentak perniagaannya. Dia mula menggajikan pekerja bagi membantunya. Daripada seorang pekerja, kini dia sudah memiliki tiga orang pekerja. Encik Azinuddin yakin, rezekinya lebih luas apabila berkongsi rezeki. Kerjanya juga bertambah mudah dan lebih teratur.
Kemudian telah menyertai program Proper A yang dianjurkan MAIPk pada tahun 2019. Selepas mengikuti kursus, dia menerima bantuan RM5000 untuk membeli peralatan dan mesin pencetakan. Tidak terhenti di situ sahaja, Encik Azinuddin masih lagi mengikuti kursus dan program yang dianjurkan MAIPk. Dia terpilih sebagai Usahawan Rakyat Prenuer dan beroleh geran sebanyak RM5000. Peluang tersebut dimanfaatkan untuk melengkapkan keperluan Alamien Studios. Terbaharu, Encik Azinuddin mengikuti program ISHRAF (program kerjasama MAIPk) dan beroleh geran RM10,000 untuk menambah mesin pencetakan di studionya.
Berkat usahanya yang memulakan perniagaan pencetakan dari rumah kini semakin dikenali. Perniagaannya sudah beroperasi di premis dan kini mempunyai tiga orang pekerja. Usaha Encik Azinuddin mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan MAIPk bukan sahaja memberi input yang baik untuk memajukan perniagaan. Malah juga beroleh geran dan bantuan modal peralatan yang menjadikan perniagaannya bertambah maju. Semoga usaha Encik Azinuddin memajukan perniagaan percetakannya menjadi inspirasi kepada asnaf lain. Setiap usaha yang dilakukan pasti membuahkan hasil.
Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama-sama kami. Dana zakat anda pemangkin kepada perubahan ekonomi ummah. Dana zakat yang ditunaikan dijadikan modal perniagaan dan bantuan peralatan untuk asnaf yang ingin memulakan perniagaan. Malah turut membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan sedia ada. Daripada penerima bantuan, kelak mereka pula akan menjadi muzakki yang mengeluarkan zakat seperti anda. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk agar dapat melahirkan lebih banyak usahawan dalam kalangan asnaf. Berzakatlah melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cw6gJVHv4ye/?hl=en
https://www.instagram.com/p/CxFUvO8PqhC/?hl=en