BANTUAN MODAL : HASIL LAUT SUMBER REZEKI
Encik Sani bin Che Din merupakan nelayan yang menetap di Pantai Remis. Turun ke laut mencari rezeki sudah menjadi asam garam dalam hidupnya. Ini kerana Encik Sani telah menjadi nelayan sejak zaman bujang lagi.
Kini Encik Sani telah berumah tangga. Mempunyai seorang anak tiri dan seorang anak sendiri. Kedua-duanya masih bersekolah. Pendapatan hasil nelayan tidak menentu, cukup untuk makan mereka sekeluarga. Encik Sani tidak pernah memiliki enjin mahupun sampan sendiri. Dia turun ke laut dengan menumpang bot nelayan yang lain. Apabila rakannya tidak ke laut, dia akan meminjam bot tersebut untuk mencari rezeki. Empat bulan kebelakangan ini, Encik Sani terpaksa menyewa enjin dan bot yang digunakan. Sewa yang dikenakan ialah RM400 sebulan. Pendapatan hasil nelayan hanya sekitar RM800 sahaja. Hal ini memaksa Encik Sani memohon bantuan daripada MAIPk.
Syukur MAIPk meluluskan permohonannya. Ini kerana Encik Sani dilihat gigih mencari rezeki dan merupakan nelayan sepenuh masa. MAIPk memberikan bantuan peralatan berupa sampan dan enjin bot 40HP. Bantuan tersebut berjumlah RM19,600. Semoga dengan adanya bot dan enjin sendiri, dapat menambah pendapatan Encik Sani melalui hasil laut.
Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama-sama kami. Dana zakat yang ditunaikan meringankan bebanan Encik Sani. Semoga bantuan tersebut dapat meningkatkan pendapatan keluarganya. Teruskan membantu asnaf yang memerlukan dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Daripada Anda, Untuk Mereka. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cw36UqnN0oI/?hl=en