• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : DUNIAKU SUNYI TANPANYA

Adik Nellydia Delisha Loke binti Mohd Syafiq kini berumur 14 tahun. Dia menerima bantuan persekolahan daripada JKM sebanyak RM150 sebulan. Dia bersama-sama ibu bapa dan dua orang adiknya tinggal menyewa di Taman Pinji Mewah, Lahat. Ayahnya perlu melunaskan bayaran sewa bulanan rumah sebanyak RM500. Ayahnya bekerja sebagai Pemandu Bas Persiaran. Buat masa ini ayahnya hanya bekerja untuk membawa pekerja kilang. Ayahnya bekerja apabila dipanggil majikannya sahaja. Gaji yang diterima pula tidak menentu.

Adik Nellydia mengalami masalah pendengaran pada kedua-dua belah telinganya. Ujian pendengaran yang dilakukan menunjukkan Adik Nellydia mengalami masalah pendengaran yang sangat kronik. Dia pernah menjalani pembedahan implan koklea pada tahun 2012 di Hospital Ipoh. Sejak itu, dia perlu memakai alat tersebut di telinganya. Sepanjang penggunaan implan koklea, Adik Nellydia menunjukkan perkembangan yang baik. Dia mampu mendengar dan berkomunikasi seperti kanak-kanak normal yang lain.

Meskipun menerima bantuan implan koklea percuma daripada hospital kerajaan, segala kos penjagaan dan kerosakan pada komponen speech processor implan tersebut perlu ditanggung sendiri keluarganya. Kos bagi menggantikan komponen tersebut agak mahal dan hanya boleh dilakukan di Kuala Lumpur sahaja. Ayahnya tidak berkemampuan untuk membiayai kos tersebut. Alat tersebut sering mengalami kerosakan dan baterinya lemah apabila terdedah dengan peluh semasa Adik Nellydia bergerak aktif.

Sejak tahun 2017, MAIPk telah memberi bantuan untuk membeli alatan ganti tersebut. Ini merupakan permohonan kali kelima bagi memohon alatan ganti implan koklea. Dua tahun sekali mereka perlu menggatikan alat tersebut. Pada tahun-tahun sebelum ini kos alat ganti implan tersebut berharga RM2615, kini kosnya semakin meningkat sehingga RM3199.

Terima kasih muzakki. Tanpa anda sedar, dana zakat anda sebanyak 2.5% itu banyak meringankan bebanan mereka yang memerlukan. Teruskan bersama-sama MAIPk untuk membantu asnaf yang dibelenggu kemiskinan. Bebaskan mereka daripada penjajahan kemiskinan yang selama ini mencengkam mereka. Tunaikan zakat dengan Zakat Perak-MAIPk.Berzakatlah melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.