Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak Darul Ridzuan Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Di Antara Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Dan Uda Holdings Berhad
IPOH, 30 Ogos 2023 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bercemar duli menyampaikan watikah pelantikan ahli Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak (MPM) dan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dan UDA Holdings Berhad. Senarai nama ahli penerima watikah berkenaan boleh dirujuk di Lampiran A.
MAJLIS PERUNDINGAN MASJID NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Pengenalan
1. MPM merupakan entiti rintis buat pertama kali ditubuhkan di negeri Perak. Cadangan mewujudkan MPM tercetus daripada Program Percambahan Minda anjuran MAIPk di Bukit Merah Lake TownResort pada 28 Januari 2022. Idea ini disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Masjid Daerah Kerian, Prof. Ir. Dr. Badorul Hisham bin Abu Bakar yang ketika itu mencadangkan MPM diwujudkan bagi membantu pengurusan, pengoperasian dan pemantauan pengurusan masjid di negeri Perak.
2. MPM berperanan mengemukakan idea-idea bernas menginovasi institusi masjid. Perkongsian buah fikiran ahli MPM yang datang daripada pelbagai latar belakang seperti agamawan, profesional, belia dan wanita diharap dapat memajukan institusi masjid di samping membantu memberi idea menyelesaikan pelbagai masalah dalam kariah masjid.
Ahli MPM
3. Ahli MPM terdiri seperti berikut :
a) Seorang Pengerusi iaitu Yang Dipertua MAIPk atau seorang yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan
b) 2 orang ahli yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan;
c) 3 orang ahli atas nama jawatan yang menyandang jawatan-jawatan berikut :
i) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi hal ehwal agama Islam;
ii) Mufti Negeri Perak; dan
iii) Pengarah Jabatan Agama Islam Perak
d) Tidak lebih 50 orang ahli yang mewakili masjid (tidak kurang 10 orang dalam usia belia, dan tidak kurang 10 orang Muslimat); dan
e) Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk sebagai setiausaha.
Objektif MPM
4. Mewujudkan satu badan syura atau perundingan untuk membolehkan berlangsungnya percambahan minda untuk kemajuan dan pembangunan masjid.
Fungsi dan Peranan MPM
5. MPM hendaklah menjalankan fungsi dan tanggungjawab untuk membantu menyumbang idea dan pandangan, mengupas serta memberi maklum balas berhubung dasar-dasar sedia ada dan dasar - dasar baharu berkaitan perkara-perkara berikut :
a) Pentadbiran masjid;
b) Pengurusan kewangan masjid;
c) Aktiviti-aktiviti masjid; dan
d) Perkara-perkara lain berkaitan masjid.
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU
PERAK DAN UDA HOLDINGSS BERHAD
6. Baginda turut berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara MAIPk dan UDA Holdings Berhad bagi :
a) Pembangunan tanah-tanah wakaf dan baitulmal di negeri Perak;
b) Latihan amali, pelatih pengurusan dan penempatan pekerjaan kepada asnaf yang layak;
c) Keusahawanan termasuklah penyewaan ruang niaga dan peluang pemasaran produk asnaf;
d) Pengurusan Fasiliti Bersepadu (Integrated Facility Management); dan
e) Solar dan Kontrak Prestasi Tenaga (Energy Performance Contract).
LAMPIRAN A :
MAIPk-SIARAN MEDIA MPM 30 OGOS 2023
MAJLIS PERUNDANGAN MASJID NEGERI PERAK