BANTUAN PERUBATAN : PERMATA KELUARGA
Adik Amiruddin bin Abdullah yang kini berusia 17 tahun merupakan orang kelainan upaya. Selain tidak dapat berjalan, dia juga OKU pembelajaran. Dia memerlukan bantuan untuk menguruskan diri sejak dari kecil. Dia hanya mampu duduk dan berbaring apabila sudah keletihan. Namun ibu bapa dan adik-beradik yang menguruskan dirinya tidak pernah berasa terbeban. Mereka semua melayaninya dengan penuh mesra dan beerkongsi kasih sayang sesama mereka.
Adik Amirrudin bersama-sama tiga orang adik beradiknya dan ibu bapa mereka menetap di Kampung Gua Petai, Selama. Ibu dan ayahnya tidak bekerja kerana faktor usia. Adik Amirrudin menerima bantuan JKM kategori terlantar sebanyak RM500 sebulan. Bantuan tersebut membantu meringankan perbelanjaan keluarganya.
Adik Amirrudin perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang. Dia memerlukan kerusi roda khas (custom) kerana Adik Amirrudin berbadan kecil dan kurus. Dia tidak sesuai menggunakan kerusi roda biasa. Hampir sepanjang hari Adik Amirrudin perlu duduk di atas kerusi roda. Jika kerusi tersebut tidak sesuai, badannya akan bertambah sakit.
Keluarganya tidak mampu membeli kerusi roda khas tersebut kerana tidak mempunyai pendapatan. Akhirnya, mereka memohon bantuan daripada MAIPk. Syukur, permohonan mereka diluluskan. MAIPk Daerah Selama menyalurkan bantuan kerusi roda khas kepada Adik Amirrudin.
Adik Amirrudin dan keluarganya bersyukur atas pemberian tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bekerjasama dengan MAIPk. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Dana zakat anda tidak pernah disia-siakan. Teruskan membantu mereka yang memerlukan. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CwEn7-tPAnd/?hl=en