BANTUAN BAIK PULIH RUMAH : SELESA DAN SELAMAT
HILIR PERAK - Encik Rahim bin Saad merupakan anak kelahiran Chenderong Balai. Kini dia dan isteri menetap di rumah pusaka milik keluarga. Tujuh orang anak-anaknya telah berkeluarga dan mempunyai kehidupan sendiri. Encik Rahim tidak bekerja kerana faktor kesihatan dan usia yang telah lanjut. Perbelanjaan bulanannya bergantung daripada pemberian anak-anak sebanyak RM300. Selain itu dia juga merupakan penerima bantuan bulanan MAIPk sebanyak RM300 sebulan. Dengan wang itulah digunakan untuk keperluan mereka suami isteri.
Adat tinggal dirumah yang berusia lebih satu abad itu, banyak bahagian rumah yang sudah sampai masanya perlu diganti dan diperbaiki. Kerosakan di atap rumah mereka yang paling membimbangkan. Boleh dikatakan hampir semua atap rumahnya bocor dan reput. Encik Rahim tidak mampu menggantikan atap rumah yang baharu. Jika dibiarkan, kerosakan rumahnya akan bertambah parah. Ini kerana atap yang bocor itu akan menyebabkan dinding rumahnya rosak.
Pendawaian elektrik rumahnya perlu diganti baharu kerana menggunakan sistem lama dan risiko berlaku litar pintas adalah tinggi. Encik Rahim memohon bantuan daripada MAIPk untuk bantuan baik pulih rumahnya.
Syukur MAIPk meluluskan permohonan mereka. Bantuan baik pulih rumah sebanyak RM20,000 telah disalurkan untuk membaiki kerosakan rumah Encik Rahim. Atap rumahnya juga diganti dengan logam yang baharu.
Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama-sama kami. Dana zakat anda kali ini menjadi manfaat buat menggantikan atap rumah dan sistem pendawaian elektrik yang baharu buat Encik Rahim. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Semoga menjadi asbab kita masuk ke dalam syurga. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cux46qRpS7Y/?hl=en