• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : TIDUR YANG LENA

MUALLIM - Puan Sharifah Vasanthi binti Abdullah merupakan seorang balu kematian suami yang kini tinggal menyewa dengan anak perempuannya di Tanjung Malim. Anak perempuan dan menantunya bekerja dan mempunyai dua orang anak yang bersekolah rendah.

Pada tahun 2019 yang lalu, Puan Sharifah terlibat dengan kemalangan jalan raya bersama Almarhum suaminya. Kemalangan tersebut menyebabkan kaki kanannya cacat kekal. Dia tidak mampu lagi untuk bekerja. Perbelanjaan bulanannya bergantung daripada bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM450.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini Puan Sharifah menghidap 'Sleep apnea'. Nafasnya kerap terhenti ketika sedang tidur. Puan Sharifah juga memang menghidap penyakit jantung sejak beberapa tahun yang lalu. Doktor menasihatkan agar menggunakan alat bantuan pernafasan agar dapat membantunya tidur lena di samping cukup oksigen di dalam badannya.

Saluran pernafasan yang separuh tersumbat itu sering mengganggu tidurnya. Kadar oksigen yang rendah menyebabkannya sering terjaga daripada tidur kerana tidak dapat bernafas. Yang lebih membimbangkan, gangguan pernafasan yang terganggu setiap jam itu boleh menyebabkan Puan Sharifah lemas ketika tidur. Malah boleh meragut nyawanya. Puan Sharifah memohon bantuan daripada MAIPk untuk membeli mesin bantuan pernafasan tersebut.

Syukur permohonannya diluluskan MAIPk Daerah Muallim. Pegawai Baitulmal Daerah, Encik Nabil Fikri bin Mohamad telah menyampaikan bantuan perubatan untuk kegunaan Puan Sharifah. Mesin Dreamstation CPAP tersebut bernilai RM6,900. Semoga dengan bantuan ini, Puan Sharifah tidak lagi terhenti pernafasannya ketika tidur. Moga Allah SWT memberikan kesihatan yang baik buat Puan Sharifah.

Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama-sama kami. Dana zakat anda kali ini umpama memberi kesempatan kedua buat Puan Sharifah. Tidurnya lebih lena dan tiada lagi kerisauan di hati Puan Sharifah dan ahli keluarganya. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Masih banyak asnaf yang dapat menerima manfaat daripada dana zakat anda. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.