• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk ANJUR PROGRAM INTERVENSI KECEMERLANGAN PELAJAR TINGKATAN 5

MAIPk ANJUR PROGRAM INTERVENSI KECEMERLANGAN PELAJAR TINGKATAN 5

TAPAH - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Program Intervensi Kecemerlangan Pelajar selama 3 hari bermula 4 Julai hingga 6 Julai 2023 melibatkan 100 orang pelajar tingkatan 5 dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh. Program ini diadakan bertujuan membantu sekolah terpilih untuk menaikkan prestasi pencapaian sekolah seterusnya kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan SPM.

MAIPk juga telah melantik Stand Up Training & Consultancy sebagai fasilitator yang di ketuai oleh Ustaz Hafiszuddin Bin Ainuddin. Kemuncak program ini, satu majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Wan Maizura Binti Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk dan dihadiri oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Omar.

Program ini dipadatkan dengan aktiviti perkongsian bersama guru pakar berkaitan kaedah pembelajaran dan tips serta teknik skor A semasa menjawab soalan peperiksaan SPM terutamanya dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu serta Sejarah.

Di samping itu, pelajar juga mengikuti sesi pembentukan sahsiah diri daripada aspek rohani, mental, fizikal dan jati diri. Pelajar juga didedahkan dengan aktiviti ekstrem seperti memanah, kembara halangan, membina water confident dan berkayak sekali gus menaikkan semangat kekentalan serta kefahaman berkaitan pengurusan risiko terutamanya apabila terpaksa berhadapan dengan situasi di dalam air. Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua pelajar yang hadir.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.