• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN KECEMASAN : SANTUNI MANGSA KEBAKARAN RUMAH

KG. GAJAH - Telah berlaku suatu kebakaran di RPA Kampung Makmur Tanjong Tualang. Sebanyak 5 buah rumah telah terlibat dalam kejadian tersebut. Api yang marak dan tidak dapat dikawal itu telah menyebabkan kemusnahan serta kerosakan harta milik mangsa namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kebakaran berpunca daripada letupan di bahagian dapur rumah salah seorang mangsa. Kesemua mangsa dipindahkan ke kawasan perlindungan sementara yang selamat sementara menunggu bantuan selanjutnya.

Pegawai Baitumal Kampung Gajah, Ustaz Mohd Latif bin Talib, menerima maklumat daripada Penghulu Kampung tersebut dan telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian bersama-sama Squad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk. Sumbangan Bantuan kecemasan segera MAIPk berjumlah RM1000 setiap keluarga telah disampaikan kepada kelima-lima keluarga mangsa yang terlibat. Bantuan lain yang bersesuaian akan disalurkan dalam masa terdekat. Semoga kesemua keluarga mangsa kebakaran yang terlibat tabah dan reda menghadapi ujian ini. Allah SWT menyediakan ganjaran yang besar buat mereka yang bersabar.

Terima kasih kepada tuan penghulu dan orang ramai kerana telah menjadi mata dan telinga MAIPk. Terus laporkan kepada kami kesusahan dan penderitaaan orang-orang di sekeliling anda. Kami bersedia membantu mereka.

Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama-sama kami. Dana zakat anda meringankan bebanan mangsa kebakaran di Kampung Gajah kali ini. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Semoga dapat membantu lebih banyak asnaf yang memerlukan. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CuWAji0Pf2C/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.