• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : KERINGAT IBU

Siti Normaliza binti Mohamad Said
Felda Gunung Besout, Sungkai

TAPAH - Puan Normaliza membuat kuih untuk menyara keluarganya. Sebelum ini, suaminya masih sihat dan bekerja di sebuah syarikat pembuatan kereta. Kerana menghidap darah tinggi yang tidak terkawal, suaminya diserang ‘minor stroke’ dan tidak lagi mampu melakukan kerja berat. Sejak itu, Puan Normaliza menggalas tanggungjawab menafkahi keluarga dengan menjual kuih-muih dan juga membuka tempahan kuih sejuk beku (frozen).

Mereka sekeluarga tinggal menumpang di rumah bapanya tanpa dikenakan sebarang bayaran. Dia berniaga kuih di depan rumah bapanya. Sebelah pagi bapanya menjual menu sarapan pagi. Manakala Puan Normaliza menjual kuih di sebelah petang. Suaminya membantu berniaga di kedai dan menjaga anak kecil mereka. Dengan purata pendapatan hasil jualan kuih-muihnya sekitar RM1200 itulah dia menampung keperluan keluarga mereka dan perbelanjaan persekolahan lima orang anaknya. Anak bongsunya pula masih belum bersekolah.

Kini sudah dua tahun Puan Normaliza menjual kuih. Permintaan daripada pelanggannya semakin meningkat. Dia terpaksa menolak sebahagian daripada tempahan kerana tidak mampu menguli tepung dalam kuantiti yang banyak. Untuk tidak mengecewakan pelanggannya, dia mengambil inisiatif memohon bantuan modal daripada MAIPk untuk membeli mesin penguli tepung agar dapat memenuhi permintaan pelanggan. Dia juga memohon bantuan untuk membeli mesin tebu untuk kegunaan suaminya di gerai agar dapat menambah pendapatan mereka.

Siasatan mendapati mereka layak mendapat bantuan modal daripada MAIPk. Bantuan berupa mesin penguli tepung dan mesin tebu disampaikan oleh Pegawai MAIPk Daerah Tapah, Encik Mior Khairul Anas bin Rozali. Bantuan modal tersebut berjumlah RM3,300. Semoga dengan bantuan ini dapat meningkatkan pendapatan bulanan mereka. Terima kasih muzakki negeri Perak. Dana zakat anda tidak pernah gagal membantu asnaf yang memerlukan. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CuTiB4XuZ8t/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.