BANTUAN KECEMASAN : MAIPk ZIARAH MANGSA KEBAKARAN RUMAH
Maimunah bt Ahmad
Kampung Esso, Teluk Intan
HILIR PERAK - Puan Maimunah, 51 tahun merupakan seorang balu. Dia mempunyai tiga orang anak. Dua orang anaknya masih bersekolah menengah. Manakala anak sulungnya yang berusia 35 tahun merupakan OKU Syndrome Down.
Pada 22 Jun 2023 yang lalu, rumah Puan Maimunah hangus terbakar. Kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu mengakibatkan mereka tinggal sehelai sepinggang. Api yang marak itu tidak berjaya dipadamkan oleh jiran dan penduduk kampung yang membantu ketika itu. Puan Maimunah hanya sempat menyelamatkan dirinya bersama-sama anak-anaknya. Segala barang-barang berharga tidak sempat diselamatkan dan hangus dijilat api.
Puan Maimunah tidak mempunyai tempat lain untuk berteduh. Memandangkan anaknya yang kelainan upaya itu, dia tidak mahu menyusahkan saudara-mara yang lain. Dia masih lagi berteduh di rumah yang hangus itu ketika pihak kami menziarahinya. Kerosakan rumah Puan Maimunah sangat teruk dan perlu dibina rumah yang baharu.
Namun untuk membina rumah baharu Puan Maimunah tidak berkemampuan. Pendapatannya yang bekerja sebagai penjaga parking lori pasir itu hanya sekitar RM1200 sahaja sebulan. Mujur anak sulungnya itu merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM500. Berita kebakaran rumah mereka juga turut mendapat liputan daripada Utusan Malaysia dan disiarkan pada 24 Jun 2023 yang lalu.
Pegawai Baitulmal Daerah Hilir Perak, Ustaz Johar bin Zainal Abidin semasa menziarahi mangsa menghulurkan bantuan kecemasan berjumlah RM500. Bantuan lain yang bersesuaian akan disalurkan dalam masa terdekat. Teruskan bersama-sama Zakat Perak-MAIPk untuk menyantuni asnaf yang dalam kesusahan. Dana zakat anda besar maknanya buat mereka. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CuObPAuvPZI/?hl=en