• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • BANTUAN BINA RUMAH : ASNAF GEMBIRA TERIMA RUMAH BAHARU

BANTUAN BINA RUMAH : ASNAF GEMBIRA TERIMA RUMAH BAHARU

Salina binti Mohamed Sani
Sungai Manik, Teluk Intan

TELUK INTAN - Puan Salina berumur 43 tahun dan berstatus ibu tunggal. Membesarkan empat orang cahaya mata sendirian. Anak sulungnya sudah menjejakkan kaki ke IPT. Anak kedua baru menerima keputusan SPM, sedang memohon tempat di IPT untuk menyambung pelajaran. Manakala dua orang lagi anaknya masih di bangku sekolah menengah.

Puan Salina bekerja sebagai tukang sapu di sebuah sekolah untuk menyara kehidupan mereka. Pendapatannya sekitar RM1500. Bekas suaminya ada menghulurkan nafkah bulanan anak-anak sebanyak RM300. Dia juga menerima bantuan bulanan MAIPk sebanyak RM300. Wang bantuan tersebut digunakan untuk membayar sewa rumah mereka.

Puan Salina mempunyai tanah pusaka yang terletak bersebelahan tapak rumah pusaka milik keluarga. Dia memohon bantuan bina rumah daripada MAIPk kerana tidak mampu membina rumah sendiri dengan pendapatannya yang kecil. Siasatan mendapati Puan Salina layak dibantu memandangkan kurang berkemampuan dan pendapatannya hanya cukup menampung kehidupannya bersama anak-anak.

8 Jun 2023 yang lalu, Ustaz Johar bin Zainal Abidin, Pegawai Baitulmal Daerah Hilir Perak telah menyerahkan kunci rumah baharu yang telah siap dibina kepada Puan Salina. Rumah jenis 3 bilik berkeluasan 850kp itu bernilai RM76,500.

Terima kasih kepada muzakki yang tidak putus-putus menyokong MAIPk. Dana zakat anda meringankan bebanan Puan Salina kali ini. Teruskan bersama-sama MAIPk. Masih banyak asnaf yang memerlukan bantuan anda. Tunaikan zakat anda kepada Zakat Perak-MAIPk melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Ct3XD5VOO69/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.