BANTUAN PERUBATAN : MAIPk BANTU RM65 RIBU UNTUK ADIK QISTINA YANG MENDERITA PENYAKIT KULIT KRONIK
Nursofiah Qistina Binti Abu Bakar Sidek
Kampung Pulau Gajah, Kampong Gajah
KAMPONG GAJAH - Adik Qistina berumur 18 tahun. Dia menderita penyakit kulit yang kronik (Severe Atopic Dermatitis) sejak berumur 2 tahun. Penyakit tersebut menyebabkan kulit Adik Qistina gatal-gatal dan mengalami keradangan yang teruk. Sejak berumur 7 tahun, masalah kulit yang dihidapinya bertambah teruk hingga merebak hampir keseluruhan badannya. Kegatalan yang melampau itu mengganggu tidur dan aktiviti hariannya. Sejak itu dia menerima rawatan di Klinik Pakar Pediatrik Dermatologi di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh.
Pelbagai krim dan ubat sistemik yang telah digunakan sejak tahun 2014 sehingga 2019. Tetapi penyakitnya hanya berkurangan sedikit sahaja dan masih belum dapat dibendung sepenuhnya. Kemudian ikhtiar doktor untuk beralih kepada krim yang mengandungi steroid pula. Namun tidak serasi. Penyakit kulitnya bertambah teruk pada September 2021 dan perlu menukar ubat yang lain pula. Percubaan tersebut juga gagal kerana Adik Qistina mengalami alahan ubat. Dia mengalami loya hampir setiap hari. Penyakitnya masih juga tidak sembuh.
Adik Qistina dicadangkan dirawat dengan rawatan biologi terkini. Data klinikal menunjukkan keberkesanan ubat ini dapat mengurangkan keradangan dan juga gatal pada kulit sebanyak 75%. Kajian klinikal juga menunjukkan ‘Safety Profile’ yang baik untuk Dupilumab. Malangnya ubat ini tidak terdapat di hospital kerajaan kerana kosnya yang tinggi. Pesakit perlu disuntik dengan ubat ini setiap 2 minggu sekurang-kurangnya selama setahun. Ayah Adik Qistina yang hanya melakukan kerja kampung tidak mampu membiayai kos rawatan tersebut. Mereka memohon bantuan daripada MAIPk untuk membantu kos perubatan Adik Qistina.
Syukur, MAIPk Daerah Kampung Gajah meluluskan bantuan kos pembelian ubat (suntikan Subcutaneous Dupilumab 300mg) bagi tempoh setahun yang berjumlah RM65,000. Selain itu MAIPk juga menyalurkan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM300 kepada bapanya untuk menampung keperluan mereka. Adik Qistina dan seorang lagi adiknya juga menerima bantuan persekolahan MAIPk.
Terima kasih para muzakki. Dana zakat anda sekali lagi telah menyelamat adik Qistina yang sangat memerlukan. Masih banyak lagi di luar sana untuk dibantu. Teruskan membantu dengan menunaikan zakat anda segera kepada Zakat Perak-MAIPk. Untuk zakat melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Ctn5tQmNniV/?hl=en