BANTUAN MODAL : MAIPk BANTU IBU TUNGGAL TINGKATKAN PENDAPATAN
Senah @ Rosnah bt Pok Hassan
Bukit Chandan, Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR - Puan Senah merupakan ibu tunggal yang sudah berusia 60 tahun. Dia mempunyai 11 orang anak. Dua orang anak yang belum berkahwin tinggal bersama-samanya manakala yang lain tinggal berasingan. Mereka tiga beranak tinggal menyewa dengan bayaran RM300 sebulan.
Anak-anaknya yang tinggal bersama hanya melakukan kerja kampung, manakala anak-anak yang lain sudah mempunyai kehidupan sendiri. Puan Senah masih perlu bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Dia menjual baulu bakar buatannya. Manakala sebelah malam pula dia menjual sate dengan menyewa tapak untuk membakar sate dengan bayaran RM60 sebulan. Anaknya akan membantunya berniaga menjual sate di sebelah malam. Purata pendapatan bulanannya sekitar RM600.
Puan Senah sudah menjual kuih baulu sejak anak-anaknya masih kecil lagi. Ia merupakan pendapatan utamanya terutama sejak kematian suaminya 13 tahun yang lalu. Puan Senah memohon bantuan MAIPk untuk membeli pembakar elektrik kerana pembakar sedia ada telah rosak. Hal ini menghalang Puan Senah untuk menerima tempahan baulu.
MAIPk meluluskan permohonannya. Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor, Pegawai MAIPk Daerah Kuala Kangsar telah menyerahkan sendiri pembakar elektrik dua tingkat itu kepada Puan Senah. Bantuan modal tersebut berjumlah RM2480. Semoga dengan bantuan ini, Puan Senah dapat membakar dan menjual baulunya seperti biasa.
Buat muzakki di luar sana, hulurkan tangan ringankan beban. Semoga dengan zakat yang ditunaikan dapat membantu membaiki kehidupan asnaf yang dalam kesusahan. Tunaikan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my dan anda boleh berzakat melalui online FPX.
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cs0a1lkuzaP/?hl=en