• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PELBAGAI BANTUAN MAIPk BANTU PESAKIT LUMPUH

IPOH – Pasukan Ziarah Asnaf Daerah Ipoh telah menziarahi rumah asnaf milik Puan Thoheroh binti Bakar yang terletak di Taman Lapangan SSI, Lahat, Ipoh. Puan Thoheroh mempunyai tiga orang anak namun anak-anaknya tinggal berasingan dan sudah tidak mempedulikannya. Dia kini menumpang kasih anak angkatnya. Dia dan anak angkatnya tinggal di rumah yang disewa dengan bayaran bulanan sebanyak RM500.

Anak angkatnya yang menjaga Puan Thoheroh yang sakit lumpuh sebelah kiri badannya. Puan Thoheroh perlu dipakaikan lampin pakai buang dan bergerak di dalam rumah menggunakan kerusi roda. Kini anak angkatnya tidak dapat bekerja seperti biasa kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya pada September 2021. Dia sedang menjalani fisio untuk memulihkan kakinya.

Puan Thoheroh menerima bantuan OKU daripada JKM sebanyak RM300. Dia juga menerima bantuan sewa rumah daripada MAIPk bermula Ogos 2022 sebanyak RM500 kerana mereka tidak berkemampuan membayar sewa rumah. MAIPk juga membantu mereka melunaskan hutang sewa rumah pada tahun 2021 sebanyak RM4000 selepas anak angkatnya terlibat dengan kemalangan. Bukan itu sahaja, Puan Thoherah juga menerima bantuan susu khas dan lampin pakai buang pada tahun 2022 lalu berjumlah RM3546.

Kami mengunjungi Puan Thoheroh untuk bertanya khabar dan juga menyampaikan sumbangan beras fidyah, kotak makanan barangan keperluan dapur dan juga sagu hati wang tunai bantuan hari raya.

Semoga dengan sumbangan ini, ada juadah yang dapat mereka sediakan untuk santapan mereka sekeluarga pada hari lebaran. Terima kasih para muzakki. Dana zakat daripada anda telah kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.