BANTUAN BINA RUMAH : RUMAH SELESA GANTI PONDOK USANG
Mohamad bin Kamarunzaman
Kampung Repoh, Batu Kurau
TAIPING - Encik Mohamad mempunyai tiga orang cahaya mata. Dia bersama keluarga kecilnya tinggal di sebuah pondok usang yang dibina sendiri olehnya. Pondok usang yang serba kekurangan itu dibina di atas tanah miliknya yang diperoleh melalui warisan keluarganya.
Untuk membina sendiri rumah yang lebih selesa, dia tidak mampu. Dia hanya melakukan kerja kampung dengan membantu menguruskan kebun pisang milik penduduk setempat. Pendapatan bulanannya sekitar RM500 sahaja. Isterinya pula suri rumah. Sudah empat tahun mereka tinggal di pondok itu. Pondok tersebut tidak mempunyai bekalan air mahupun elektrik. Dia menadah air hujan dalam tong yang besar sebagai sumber air mereka.
Anak-anaknya sudah semakin membesar. Dia tidak mampu memberikan tempat tinggal yang lebih selesa buat keluarganya. Akhirnya dia memohon bantuan daripada MAIPk untuk membina rumah di atas tanah miliknya itu. Besar harapannya agar permohonannya dipertimbangkan.
Hasil siasatan mendapati Encik Mohamad layak dibantu. Syukur rezeki menyebelahi mereka sekeluarga. Mereka tinggal di pondok tersebut sementara menunggu rumah baharu siap. Rumah baharu jenis 3 bilik berkeluasan 850kp dan bernilai RM76,500 itu dibina di atas tanah tersebut bersebelahan dengan pondok usang mereka.
Terima kasih para muzakki. Dana zakat daripada anda memberi perubahan yang besar kepada Encik Mohamad sekeluarga. Terima kasih kerana terus menyokong kami. Tunaikan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Untuk menunaikan zakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my