BANTUAN BINA RUMAH : RUMAH YANG SELESA
Mohammed Zulfa bin Hassan
Kampung Changkat Ibol
TAIPING - Encik Zulfa yang menetap di Kampung Changkat Ibol mempunyai lima orang anak. Anak sulungnya masih belajar di IPT, anak keduanya sudah berniaga sambilan bersama rakannya. Dua orang lagi anaknya masih bersekolah dan anak bongsunya pula masih kecil.
Dia bekerja kampung untuk menyara kehidupan dan pengajian anaknya. Dia menanam dan menjual pisang di sebidang tanah milik keluarganya. Apabila ada permintaan, dia mengambil upah memesin rumput untuk mencari wang tambahan. Purata pendapatan bulanannya sekitar RM1200 sahaja.
Mereka sekeluarga tinggal menyewa di kampung tersebut dengan kadar sewaan RM60 sebulan. Mereka telah mendiami rumah tersebut sejak 22 tahun yang lalu. Rumah tersebut sudah usang dan mengalami banyak kerosakan. Bumbungnya bocor dan dinding kayunya sudah mereput. Dia tidak berkemampuan untuk membaiki sendiri rumah yang disewanya itu kerana pendapatannya hanya cukup-cukup makan. Apatah lagi untuk menabung. Dia tidak mempunyai lebihan wang pada setiap hujung bulan.
Keadaan rumah sewanya semakin membimbangkan dan tidak selamat lagi untuk didiami. Bimbang akan keselamatan anak-anaknya, akhirnya Encik Zulfa memohon bantuan MAIPk. Syukur rezeki menyebelahi mereka sekeluarga. Setelah berlalu beberapa bulan, rumah baharu mereka siap dibina. MAIPk Daerah Taiping telah menyalurkan bantuan bina rumah jenis 3 bilik dan berkeluasan 850kp. Rumah baharu itu bernilai RM76,500.
Terima kasih para muzakki. Dana zakat anda telah kami sampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kali ini dana zakat anda memberikan tempat tinggal yang lebih selesa buat Encik Zulfa sekeluarga. Teruskan sokongan anda kepada Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan zakat, harta berkat! Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton di Instagram dan facebook MAIPk
https://www.facebook.com/reel/1868367300190588