• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk terima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM1,644,556.00

MAIPk terima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM1,644,556.00

KUALA KANGSAR,1 April 2023 - Majlis penyerahan zakat perniagaan serta majlis berbuka puasa bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Bayaran zakat perniagaan berjumlah RM1,644,556.00 daripada lima syarikat korporat diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Penyerahan zakat perniagaan didahului Bank Islam Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusi BIMB, YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Haji Bakar dengan jumlah RM 520,000.00.

Ia diikuti CelcomDigi Berhad diwakili Ketua Hal Ehwal Kerajaan, Haji Roslan Bin Rosli dengan jumlah RM419,454.00

Seterusnya ialah Telekom Malaysia Berhad diwakili oleh Pengurus Besar TM, Haji Badrul Hisham Bin Bahari dengan jumlah RM309,855.00.

Selain itu, Boustead Plantations Berhad diwakili oleh Pengarah Boustead Plantations Berhad, Izaddeen Daud menyerahkan zakat dengan jumlah RM295,247.00.

Diakhiri serahan zakat daripada GB13 Group Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Balakumarr bin Karupiah dengan jumlah RM100,000.00.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.