TAKLIMAT AMIL FITRAH DAERAH TAIPING
Ramadan tiba lagi. Seperti kebiasaan aktiviti kami apabila Ramadan bakal menjelma, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mengadakan sesi taklimat khas untuk para Amil Fitrah yang telah dilantik. Taklimat ini bukan sahaja dijalankan di Daerah Taiping malah melibatkan seluruh daerah di negeri Perak.
Untuk Daerah Taiping, taklimat kali ini diadakan pada hari Selasa, 21 Mac, 9.00pagi hingga 12.00 tengah hari. Ia telah berlangsung di Hotel Taiping Perdana. Taklimat ini telah dihadiri oleh sebanyak 214 orang Amil Fitrah yang telah dilantik dari 65 buah masjid. Ada antara Amil Fitrah tersebut merupakan lantikan semula dan tidak kurang juga daripada lantikan baharu.
Taklimat sebegini amat penting untuk memberikan maklumat yang selengkapnya berkaitan hal-hal berkaitan zakat fitrah, kaedah kutipan, peraturan amil dan pengagihan kelengkapan serta semakan amil fitrah. Antara perkara yang dijelaskan dalam taklimat tersebut adalah pengenalan kepada Zakat Fitrah selain kaedah kutipan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh kesemua Amil Fitrah yang dilantik. Ini bagi memastikan mereka benar-benar bersedia selengkapnya menjalankan Amanah yang dipertanggungjawabkan
Prestasi kutipan zakat setiap masjid juga diuar-uarkan dalam taklimat tersebut selain mendengar perkongsian pengalaman Amil Fitrah yang terpilih untuk memberikan gambaran sebenar khususnya kepada Amil Fitrah lantikan baharu. Buku kupon fitrah turut diedarkan kerpada setiap amil yang menghadiri taklimat tersebut.
Semoga sekalian Amil Fitrah yang telah dilantik akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah dan dedikasi.