• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

KUNJUNGAN HORMAT MAIPk KE IJN KUALA LUMPUR

Selasa | 21.03.2023

Pihak Pengurusan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) pada hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dan menziarahi 4 orang pesakit jantung berasal dari negeri Perak.

Deligasi MAIPk diketuai Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tn. Shahrul Azam bin Shaari bersama-sama Timbalan KPE Pengurusan & Timbalan KPE Pembangunan serta pihak pengurusan MAIPk telah disambut dengan penuh mesra oleh Pengerusi IJN Foundation, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Dr. Hajjah Aishah Ong dan Yang Mulia Raja Datin Seri Zuraida Binti Raja Dato' Sri Mansur,
Pengerusi, Kebajikan Sosial, IJN Foundation bersama barisan kakitangan IJN yang lain dalam sebuah majlis perjumpaan ringkas.

Kerjasama dan hubungan erat antara MAIPk dan IJN Foundation telah dilaksanakan sejak tahun 2018 sehingga kini apabila pihak MAIPk menyalurkan dana zakat di bawah Skim Bantuan Perubatan MAIPk kepada pihak IJN Foundation bagi membantu meringankan bebanan & tanggungan pesakit yang berasal dari negeri Perak untuk mendapatkan rawatan penyakit jantung di IJN.

Antara skop bantuan yang diberikan adalah seperti berikut :
1. Kos pembedahan;
2. Kos rawatan / ubatan semasa pemeriksaan lanjutan; dan
3. Kos peranti / alatan bantuan seperti implant dan bateri.

Sehingga ke hari ini, lebih 200 orang pesakit jantung telah menerima manfaat bantuan perubatan tersebut dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM4.3 juta.

Pada majlis tersebut juga, KPE MAIPk turut menyampaikan sumbangan tunai kepada 4 orang pesakit jantung yang kebetulan menjalani rawatan di IJN.

Semoga bantuan ini akan dapat disalurkan secara berterusan kepada pihak IJN pada masa akan datang.

Terima Kasih Para Pembayar Zakat di Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak Zakat Perak-MAIPk

Amanah Anda Kami Laksanakan.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.