• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

ZIARAH ASNAF DI DAERAH SELAMA

SELAMA – Pasukan ziarah asnaf MAIPk pada kali ini telah menziarahi asnaf di daerah Selama pada 16 Mac 2023 yang lalu. Program ziarah asnaf ni merupakan aktiviti berkala MAIPk untuk menziarahi dan menyantuni asnaf setiap daerah yang bertujuan untuk memastikan agar asnaf-asnaf yang telah dibantu akan terus-menerus menjalani kehidupan yang lebih baik selepas menerima bantuan dalam tempoh tertentu.

Aktiviti kali ini melibatkan lima buah kenderaan termasuk dua buah kenderaan Skuad Pihatin Asnaf MAIPk. Sebanyak enam buah rumah asnaf di daerah Selama dapat kami ziarahi. Asnaf yang kami ziarahi meliputi asnaf penerima bantuan modal, bantuan perubatan, bantuan kewangan bulanan dan bantuan bina rumah MAIPk.

Aktiviti ziarah asnaf diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari. Turut bersama menyertai ziarah asnaf ialah Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Encik Rohizan bin Omar, Pegawai Baitulmal Daerah Selama, Cik Nur Fatin binti Nor Affendy, Team MAIPk Daerah Selama dan para pegawai Agihan Zakat MAIPk.

Terima kasih diucapkan kepada para muzakki yang sentiasa bersama-sama MAIPk. Teruskan sokongan anda kerana masih banyak asnaf yang memerlukan bantuan. Anda menunaikan tanggungjawab anda dalam berzakat, kami pula menunaikan tanggungjawab kami dalam mengagihkan dana zakat daripada anda dan memastikan nasib asnaf terbela. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton ziarah asnaf Selama di Instagram / Facebook MAIPk
https://www.facebook.com/reel/209019995111009



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.