Persidangan Kali Ke-186
Persidangan Kali Ke-186 telah diadakan pada 6 Mac 2014 yang lalu. Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Ahli dan Setiausaha Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak turut diadakan.
Majlis Penyerahan zakat perniagaan dan tanaman kepada DYMM Pemangku Sultan Perak Darul Ridzuan turut diadakan. Agensi yang terlibat seperti Lembaga Tabung Haji, Zakat Perniagaan berjumlah RM3,181,847.21, Tenaga Nasional Berhad, Zakat Perniagaan berjumlah RM2,142,324.78, Felcra Berhad Wilayah Perak, Zakat Tanaman Padi berjumlah RM1,089,444.16, Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Zakat Perniagaan berjumlah RM364,859.65 dan HSBC Amanah Takaful (M) Sdn.Bhd, Zakat Perniagaan berjumlah RM60,000.00. Jumlah keseluruhan penyerahan zakatperniagaan dan tanaman berjumlah RM6,841,475.80.