• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BAIK PULIH RUMAH : RUMAH PUSAKA

Mohamad Hisam bin Othman
Simpang Empat, Semanggol

BAGAN SERAI - Encik Hisam berumur 55 tahun. Masih belum mendirikan rumah tangga. Encik Hisam bekerja sebagai Pegawal Keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM1100 sebulan. Apabila dia bekerja lebih masa, pendapatannya boleh mencecah RM2000 sebulan. Encik Hisam tinggal sendirian di rumah pusaka yang telah menjadi miliknya. Rumah pusaka itu kian uzur dimamah cuaca hujan dan panas. Rumah tersebut diperbuat daripada papan di bahagian atas dan diperbuat daripada batu di bahagian bawah. Bahagian atas rumah tidak lagi boleh diduduki kerana telah rosak. Encik Hisam kini hanya menetap di bahagian bawah rumahnya sahaja.

Malangnya kebocoran atap rumahnya semakin parah. Apabila hujan, air memasuki rumahnya sehingga melimpah ke bahagian bawah rumah dan menyebabkan banjir di bahagian bawah rumah. Ditambah pula apabila musim hujan, bahagian bawah rumahnya menjadi lembab dan berkulat kerana limpahan air hujan. Encik Hisam terpaksa membeli kanvas untuk menutup kawasan bawah rumahnya bagi mengurangkan banjir dan limpahan air hujan yang masuk.

Bimbang perkara ini berlarutan, Encik Hisam memohon bantuan MAIPk untuk membaiki kerosakan rumahnya. Syukur dia mendapat maklum balas yang positif. Bumbung rumahnya diganti dengan bumbung yang baharu. Papan dan kayu yang reput juga dibuang dan diganti dengan yang baharu. Kos baik pulih rumah Encik Hisam menelan belanja sebanyak RM33,000. Terima kasih para muzakki yang terus menyokong MAIPk. Tunaikan zakat anda denga Zakat Perak-MAIPk. Dana zakat anda telah memberi keselesaan kepada Encik Hisam. Kini anda boleh berzakat melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

https://www.facebook.com/reel/925882215099875


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.