• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : UJIAN ILAHI

Umi Salmiah Binti Isa
Jalan Nikmat, Kampung Tengku Hussein Hujung

IPOH -Pada penghujung tahun 2021, Puan Salmiah diuji dengan lumpuh separuh badan sebelah kanan. Dia juga menghidap penyakit kencing manis. Kini, pada usia 72 tahun pergerakannya terbatas dan perlu mengharapkan bantuan suami dan anak untuk membantunya menguruskan diri. Mereka tinggal di rumah sewa dengan kadar sewaan RM200 sebulan.

Puan Salmiah berkahwin dengan warganegara Indonesia. Suaminya bekerja menjala ikan sungai untuk menyara keluarga. Pendapatannya tidak tetap bergantung kepada hasil tangkapan. Adakalanya boleh mencecah sehingga RM300. Setiap bulan menantunya yang tinggal berasingan ada menyumbangkan sedikit duit belanja bagi meringankan bebanan mereka.

Untuk makan seharian perlu berjimat apatah lagi hendak membeli lampin pakai buang. Mereka tidak mampu membelinya. Syukur Puan Salmiah menerima bantuan perubatan MAIPk sejak Januari 2022 yang lalu. Bantuan perubatan MAIPk perlu diperbaharu enam bulan sekali. Kini, dia memohon disambungkan bantuan perubatannya untuk tempoh enam bulan lagi.
MAIPk Daerah Ipoh telah meluluskan permohonannya. Dia menerima bantuan perubatan fakir miskin bagi pembelian lampin pakai buang dan susu khas untuk tempoh enam bulan. Bantuan tersebut berjumlah RM4,620.

Terima kasih muzakki atas sokongan anda. Teruskan bersama-sama Zakat Perak-MAIPk untuk menyantuni asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my atau imbas kod QR pada poster yang disediakan dan berzakatlah sekarang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.