BANTUAN PERUBATAN : TEDUHAN KASIH
Rozaini binti Mohd Shariff
Jalan Tun Terang, Kampung Sungai Tapah, Manjoi
IPOH - Puan Rozaini mempunyai dua orang anak. Kini, dia dan anak lelakinya tinggal menumpang di rumah kakak kandungnya. Anak lelakinya itu tidak bekerja kerana menjaganya. Kakaknya membantu bersama-sama menguruskan dirinya. Setiap bulan kakaknya menyumbangkan RM150 untuk kegunaan mereka. Puan Rozaini tidak mempunyai pendapatan lain.
Puan Rozaini lumpuh separuh badan sebelah kanan. Sejak kejadian pada bulan Disember 2020 yang lalu keadaanya tidak berubah dan memerlukan bantuan orang lain untuk menguruskannya. Dia mempunyai sejarah penyakit darah tinggi yang kronik. Waktu kejadian tersebut, Puan Rozaini terjatuh di dalam bilik air lalu mengakibatkan salur darah di dalam otaknya pecah. Sejak itu dia disahkan lumpuh. Pembedahan telah dijalankan untuk mengeluarkan tempurung kepalanya bagi mengelakkan darah beku berulang. Syukurlah luka pada badannya beransur sembuh. Namun, dia memerlukan penjagaan rapi dan persekitaran yang bersih semasa proses pemulihan.
Setakat ini, Puan Rozaini sudah tiga kali menerima bantuan perubatan MAIPk berbentuk bekalan susu khas dan lampin pakai buang sejak Feb 2021. Bantuan tersebut perlu diperbaharu setiap enam bulan sekali. Kini, anak Puan Rozaini memohon penyambungan bantuan tersebut untuk enam bulan yang akan datang.
Permohonan penyambungan bantuan perubatan fakir miskin untuk pembelian 96 paket lampin pakai buang bagi tempoh enam bulan diluluskan. Bantuan tersebut berjumlah RM1,804.80. Semoga dengan bantuan ini meringankan kesusahan yang ditanggung mereka. Terima kasih para muzakki yang telah berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Teruskan sokongan anda kerana masih banyak asnaf yang memerlukan bantuan anda. Imbas kod QR pada poster yang disediakan untuk berzakat. Zakat anda juga boleh ditunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my