• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : UJIAN KEHIDUPAN

Rahmat bin Yunus
Kg. Tengku Hussin Hujung

IPOH - Encik Rahmat bin Yunus merupakan seorang peniaga kedai makan. Setiap hari Encik Rahmat berusaha dengan gigihnya kerana di situlah tempat dia mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga. Bagi Encik Rahmat, keluarga adalah segala-galanya. Namun kini, semuanya telah berubah. Takdir Allah SWT mendahului segala-galanya. Encik Rahmat diuji dengan tubuhnya menjadi lumpuh separuh badan dan hilang ingatan.

Perniagaan kedai makan yang diusahakannya terpaksa dihentikan. Sudahlah sakit, perniagaannya pula terpaksa ditutup, ibarat jatuh ditimpa tangga. Encik Rahmat tiada lagi sumber pendapatan. Kini, dia terpaksa bergantung kepada belas ehsan pemberian daripada saudara-maranya dan seorang anaknya yang sudah bekerja.

Semua ini tidak menghalang semangat dua orang lagi anaknya untuk meneruskan pengajian di IPT. Ilmu tetap perlu dicari, hanya doa yang tidak putus-putus dari perantauan agar ayah mereka diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. Besar jasa ayahnya dalam membesarkan mereka.

Encik Rahmat masih menerima rawatan di HRPB. Memandangkan keadaan kesihatan Encik Rahmat, doktor menyarankan agar dia diberi minum susu khas untuk mengimbangi keperluan tubuhnya. Dia juga perlu dipakaikan lampin pakai buang bagi memudahkan keluarga menguruskan dirinya. Dua keperluan asas ini bukan murah harganya menyebabkan keluarga tampil memohon bantuan MAIPk.

Alhamdulillah, MAIPk dengan kadar segera meluluskan Bantuan Perubatan fakir miskin bernilai RM3060.00. Bantuan tersebut berupa bekalan lampin pakai buang dan susu khas bagi tempoh tiga bulan. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung mereka. Terima kasih para muzakki yang terus menyokong MAIPk. Tunaikan zakat anda denga Zakat Perak-MAIPk. Kini anda boleh berzakat melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.