LEBIH RM5.5 JUTA BANTUAN BAIK PULIH RUMAH MAIPk TAHUN 2022
Terima kasih para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab zakat anda kepada Zakat Perak-MAIPk pada tahun 2022 yang lalu. Dana zakat anda membantu banyak asnaf yang memerlukan. Teruskan bersama-sama MAIPk agar lebih banyak asnaf yang dapat kami santuni.
Lebih RM5.5 juta telah disalurkan kepada asnaf melalui Bantuan Baik Pulih Rumah sepanjang tahun 2022 yang lalu. Dana bernilai RM5,570,000.00 telah memberikan manfaat kepada 391 orang penerima di seluruh negeri Perak sepanjang tahun lalu.
Bantuan Baik Pulih Rumah yang disalurkan kepada penerima di seluruh negeri Perak bertujuan membaiki kerosakan rumah asnaf fakir miskin dan juga muallaf. MAIPk menyediakan dana untuk membaik pulih rumah yang sudah uzur dan reput, kebanyakannya melibatkan baik pulih bumbung rumah yang telah bocor.
“Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah (zakat), agar dengan demikian akan membersihkan (harta) dan menyucikan (hati) mereka serta doakanlah mereka, kerana doamu itu akan membawa ketenangan untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Taubah ayat 103)
Terima kasih sekali lagi kepada para muzakki. Dana zakat daripada anda membantu kami membaik pulih rumah mereka yang memerlukan. Teruskan bersama MAIPk agar lebih banyak rumah asnaf yang dapat kita baiki. Ingatlah, dalam rezeki kita ada terselit hak mereka. Bantulah mereka yang memerlukan. “Daripada Anda, Untuk Mereka.” Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.
https://www.facebook.com/reel/952696405729926