• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • 200 PELAJAR ASNAF TINGKATAN 5 SERTAI PROGRAM MOTIVASI DAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2022

200 PELAJAR ASNAF TINGKATAN 5 SERTAI PROGRAM MOTIVASI DAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2022

IPOH, 21 Januari 2023 - MAIPk telah menganjurkan Program Motivasi dan Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Tahun 2022 kepada 200 pelajar asnaf tingkatan 5 di Institut Tadbiran Islam Perak.

Peserta merupakan penerima Bantuan Biasiswa dan Bantuan Persekolahan MAIPk yang akan menduduki SPM Tahun 2022 pada 20 Februari 2023 hingga 13 Mac 2023. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan MAIPk, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari.

OBJEKTIF PROGRAM

•Membangkitkan semangat pelajar dari segi rohani dan jasmani pelajar
•Meningkatkan motivasi pelajar serta mengekalkan kecemerlangan dan prestasi pelajar.
•Menanam tekad pelajar untuk membuat perubahan kehidupan masa depan keluarga
•Mengetahui kaedah kiraan merit penentuan kemasukan universiti berdasarkan minat dan keputusan
•Memberi tips & teknik menjawab bagi persediaan pelajar untuk SPM

PENCERAMAH

Motivator:
Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek

Guru Kaunselor:
Puan Siti Norhafiza binti Zanaia Bidin
Kaunselor, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai

Guru Pakar Matematik :
Encik Noorhazainol bin Derahim
PPD Kinta Utara

Guru Pakar Sejarah :
Encik Sivanandam a/l Subramaniam
Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS

INFO :

•Bantuan Biasiswa MAIPk kadar RM1000 setahun bermula tingkatan 4 hingga 5

•Jumlah keseluruhan pelajar biasiswa tahun 2022 : 403 orang

•Bantuan Persekolahan : kadar RM200 setahun bermula darjah 1 hingga tingkatan 5

•Jumlah keseluruhan pelajar penerima bantuan persekolahan tahun 2022 : 26,786 orang










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.